Saturday, November 15, 2014

Kek Sunquick



Kek ini adalah paling ringkas dan senang nak menyediakan dan membuat nya. Rasenye pun sedap. 





Kek Sunquick 

Bahan-Bahan :- 

1 Cawan Minyak 
1 Cawan Gula Halus (saya kurangkan sikit) 
3 Biji Telur 
1/2 Cawan Pati Jus Sunquick (saya guna perasa campuran) 
Esen Vanilla - 1 sudu kecil 
Blend semua bahan diatas 

2 Cawan tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder 

Cara membuatnya :- 
Campurkan bahan yang telah diblend tadi kedalam tepung dan baking powder, gaul sampai sebati 
Sapukan mentega dan tepung kedalam loyang, masukkan bahan yang telah siap digaul 
Bakar pada suhu 150c dalam masa 45 minit.


Kari Daging & Nasi Minyak



Salam sabtu ,

Ini adalah menu yang saya masak pada Khamis baru ini. Lambat update sikit. apa pun Selamat berhujung minggu semua. Sepanjang minggu saya akan memasak so selalunya saya akan request kat husband untuk cuti memasak pada hari sabtu dan ahad.... 







Ok ini adalah resepi saya sendiri, masak dari hati aje, mungkin saya ada juga ikut sikit2 panduan dari resepi yang lain. 

Kari Daging :- 
Daging 1 kilo 

Rempah untuk ditumis :- 
Bawang Merah - di hiris 
Bawang Putih - di hiris 
Halia - di hiris 
Cili padi - blend

Kentang 
Carrot 
Serbuk kari daging (Dari Babas) * rempah kari Babas ni sedap tetapi bila menumis jangan biar lama sebab ianya cepat hangus 

Daun kari 
Santan 

Kerisik 

Cara membuatnye:-  Tumis bahan di atas bersama daun kari. masukkan rempah kari daging,masukkan daging, kentang dan carrot kemudian kerisik dan santan. 



Nasi Minyak 
4 Cawan berasmahti 
(Basuh dan toskan seketika) 

Bawang merah 
Bawang putih 
halia 
Rempah tumis 
Susu cair - 1 cawan 
Air - 3 Cawan 
Butter dan Minyak (Untuk menumis)
Pewarna Kuning 

Saya akan hiris bawang merah, bawang putih & halia, tumis bersama rempah tumis kedalam periuk nasi yang saya panaskan bersama dengan butter dan minyak tadi. 

Bila dah naik bau saya masukkan beras yang telah dibasuh dan di toskan awal tadi. Gaul kemudian masukkan air dan susu cair, kacau seketika dan tutup..... 

Tungg lima minit masak saya (atau air dah kering sikit) saya titiskan pewarna kuning 
(Biarkan sampai nasi masak, kemudian saya gaul nasi menggunakan garpu, baru dapat warna kuning yang tak sekata tu) 

Untuk pengetahuan semua, cara saya memasak ini semunya mengikut gerak hati aje, mungkin ada juga selak-selak resepi lain sebagai petunjuk. Jumlah dan sukatan saya main campak-campak....  

Wednesday, November 12, 2014

Nasi Butter & Kurma Ayam


Salam semua.... Ya Allah lamanye tak update blog masak ni....bertahun!!! berjanggut!!! apa pun bukan saja-saja tak nak update cuma kamera saya dah  rosak... so sekarang ni cuma guna handphone aje...so baru belajar balik nak capture gambar jadi cantik tu merangkak la nampaknye. 

Ini adalah masakan paling ringkas untuk hari ini sebabnya tadi tengahari dah berjalan dengan anak-anak. so petang grab apa yang ada dalam peti sejuk sebelum suami balik. 

Nasi Butter & Ayam Masak Kurma (resepi dari emak saya)

Ayam Masak Kurma (Resepi Emak Puan Asmah Baharim) 

Sekor Ayam 
Rempah Kurma (Adabi) - dua bungkus kecik 

(Bahan di bawah hendaklah di kisar halus) 
Bawang Merah (kecik)  - 5 ulas 
Bawang Putih - 3 ulas 
Halia - sebesar ibu jari 
Lada Hijau - 4 tangkai 
Cili hijau  - dalam 10 tangkai 
Daun sup - dua batang 
Daun bawang - dua batang 

Santan - Sebijik kepala 

Kentang - 2 biji (potong dadu) 
Lobak - 1 biji (potong bulat aje) 

Kerisik (optional) tapi saya letak sbb bagi rase kick sikit


Cara memasak 
Tumis bahan di kisar sehingga naik bau + masukkan rempah kurma tumis lagi sambil kacau
masukkan kentang + lobak (biar sekejap) kemudian ayam + santan + kacau sampai masak

Monday, March 12, 2012

Kek Marble Bertaut Kasih....

Hari ini mendung aje, bagi menghilangkan ngantuk saya pun membuat aktiviti didapur saya. Nanti bila dah tertidur payah nak bangun, bila bangun sakit kepala yang ado!

Saya pun menerai lah resepi dari Blog Kak Noor terima kasih Kak Noor, memang sedap bila dah cuba..... boleh lah bagi-bagi kat jiran sebelah.


Bila dah terbelah......

Dari Sudut....

Siap Di Atas Meja

While chilling d cake.....

Sumber Resepi dari Blog : KAK NOOR
Bahan2 :

5 Biji telur
250g marjerin
2 ½ cawan tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
1 ½ cawan gula halus
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Serbuk koko atau milo secukupnya
Pewarna - ikut sukalah nk warna apa
sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara :

Pukul marjerin dan gula smpai kembang. Masukan telur satu persatu..pukul lagi sampai kembang. Masukan esen vanilla dan susu cair. Gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit.

Bahagikan 3 bahagian, campurkan 1 bhgn pewarna pink dan satu bhgn perwarna hijau dan 1 bhgn x seperti asal.

Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink, ratakan dlm loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama. Pastikan menutupi rata atas adunan. Masukan pula lapisan kedua, warna asal ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..

Mcm tu lah seterusnya ke adunan hijau pula. Lepas tu bolehlah dibakar. Bakar lebih kurang 50 minit ke 1 jam, 170 Degree ikut oven masing2lah …

p/s : Disebabkan aku masukkan 1 cawan susu cair, so agak lambat ckit kek ni masak dan kek ni jadi amat lembut dan lembap je... sedap.....! :P


Gulai Sutun Emak Dan Sambal Ikan Ibu Mertua Ku

Hari ini kepasar dengan emak saya yang datang dari kampung. Kan cuti sekolah, jadinye emak saya yang datang ke Kuala Lumpur, instead us visiting her kat kampung...terbalikkan.....

Pagi ini hujan renyai-renyai, di pasar pun ramai orang, tak macam biasa. Mungkin kerana cuti sekolah ibu bapa mengambil kesempatan untuk bercuti sama.

Saya cuma nak cerita yang hari ini saya memasak lauk kegemaran Suami dan anak-anak saya, nak kata hampir 2 @ 3 kali akan ada juadah yang sama dalam masa seminggu. Cuma mungkin saya akan tukar dari sotong ke udang, ikan @ ayam.

Saya nak ucap terima kasih pasa mak saya sebab telah mengajar saya untuk memasak gulai lemak ini dengan cara yang betul.

GULAI LEMAK - SOTONG + KENTANG (emak saya)

Dulu saya main belasah aje, siap tumis bawang gedebak gedebuk, padahal resepi orang-orang tua teramatlah ringkas aje.

Emak saya ni dah tinggal di Negeri Sembilan hampir 30 tahun lebih, walaupun kami anak jati JOHOR tetapi budaya NEGERI tu dah menjadi sebahagian dari kami.


RESEPI EMAK - Gulai Sotong BerKentang
  • Tumbuk kunyit hidup (sebesar ibu jari) bersama cili padi (hingga lumat)
  • Tumbuk juga serai (dlm 2 batang) jgn sampai hancur
  • Masukkan kedalam periuk
  • Masukkan santan, sotong + kentang
  • Campurkan sedikit garam
  • Kacau hingga mendidih
Saya juga bersyukur kerana mempunyai ibu mertua yang sangat baik hati dan penyayang, tak kedekut menurun kan ilmu dan resepi kegemaran anak lelakinye (suami saya lah tu)

Suami saya, kalau berdiet macam mane pun, kalau saya memasak lauk ni, mesti dia akan bertambah sampai dua pinggan.


SAMBAL IKAN HAJJAH NAEMAH (Mak Mertua)
Sedikit complicated untuk menyediakan nye, tapi senang dan ringkas aje bila dah biasa.

Bahan-bahan
  • Bawang merah 4 biji (saiz sederhana) BLEND
  • Lada merah (saiz besar) - 8 biji BLEND
  • Cili padi - 5 biji (kalau nak pedas tambah lagi) BLEND
  • Bawang Merah - 1 biji (dihiris halus)
  • Ikan
Mula - mula kita gorengkan ikan sampai garing. kemudian ambil sebiji bawang merah dimayang halus (ketepikan)

Selepas menggoreng ikan, kita gorengkan bawang yang di hiris hingga kekuningan.

BLEND Bawang merah, cili merah dan cili padi bersama (jgn blend sampai halus) kemudian tumiskan didalam minyak yang sama menggoreng ikan dan bawang tadi.

Biarkan sampai separuh kering dan masukkan balik ikan yang telah digoreng tadi.

Saturday, March 10, 2012

Kek Coklat Bercheese

FuHHH!!!! lamanya tak berblogging pasal masak memasak ni.... bukan ape bateri kamera tak bercharge lama....hahaha alasan kan!!!!

Sebenarnya sibuk pun iya, sibuk dengan anak-anak nye jadual tuisyen, exam dan macam-macam la..... tapi macam mane sibuk, ke dapur adalah wajib, semalam saya buat KEK COKLAT BerCHEESE.

Ini untuk buat minum petang. Oh ya, sebelum saya share resepi ni, saya nak mengahadiahkan ALFATIHAH kepada Majikan kepada suami saya yang bekerja di Maybank Berhad, iaitu TUAN HAJI YUSOFF GHANI yang telah kembali ke rahmatullah pada petang rabu kelmarin

Saya bersumberkan dari koleksi : MY Resepi

Bahan A
185 gram butter
1/4 cawan koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur

Bahan B
250 gram cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh essen vanilla

  • Mula-mula saya cairkan butter, masukkan koko dan kaca sebati (biarkan ia sejuk seketika)
  • Pukul gula dan bancuhan diatas, masukkan telur sebiji-sebiji bila sebati masukkan tepung dan gaulkan. Kemudian ketepikan dulu
  • Dalam bekas lain, pukul cheese + gula + esen hingga sebati dan masukkan pula telur + fresh milk, pukul sampai sebati.
  • Tuangkan adunan koko dan cheese diatasnya
  • Bakar untuk 170c selama 45 minit


Monday, February 27, 2012

Nasi Ayam Berempah

Mula-mula rasa macam malas nak masak, ingat nak beli aje lauk kat luar. Tapi bila dah kekedai tenampak lak ayam gebu-gebu kat kedai orang Aceh ni, saya pun beli.

Bila cakap pasal orang aceh, saya agak kagum dengan mereka ini. Berpuluh-puluh tahun hidup diperantaun, pandai mencari rezeki, peluang yang ada tidak dilepas, sebab apa saya kata begitu, rata-rata peniaga runcit dikawasan perumahan saya ni, asal dari aceh. Malah mereka berjaya.....

Harga ayam kat Pasar Taman Nirwana Ampang RM7.90 sekilo, tapi dengan mereka saya dapat RM6.90 sekilo.....ayam pun besar-besar.

Apa pun hari ini saya cuma masak NASI AYAM BEREMPAH.

Mula-mula saya sediakan bahan untuk merebus ayam dan SUP.

Seekor ayam dibasuh dah ketepikan.
Halia 1 inci
Bawang merah - 2 biji dihiris
Bawang Putih - 2 biji dihiris
Garam secukup rasa

Tumis bahan diatas, masukkan ayam dan rebus hingga masak (jangan terlalu lembut, sbb selepas ni kita nak menggorengnya, nnti takut hancur lak)

Bila ayam dah masak, angkat dan asingkan.

Untuk NASI pula saya sediakan
  1. Beras 4 cawan
  2. Bawang merah - 1 biji dihiris
  3. Bawang putih - 1 biji dihiris
  4. Halia - 1 inci dihiris
  5. Daun Pandan
  6. Kiub Ayam
  7. Air rebusan ayam tadi
  8. Butter - 1 sudu makan
  9. Sedikit garam
*Untuk mendapatkan warna kuning pada nasi, basuh dan rendam beras berasa serbuk kunyit + pewarna kuning (setitik) rendam selama setengah jam

Panaskan butter didalam rice cooker (terus masak senang....) bila dah cair/ panas, tumiskan bawang merah, bawang putih, Kiub Ayam dan halia hingga kekuningan. Masukkan beras yang telah dibasuh dan direndam dengan kunyit tadi, masukkan daun pandan, masukkan air + garam, saya guna air rebusan ayam sebanyak 2 cawan dan 2 cawan lagi air biasa. Kacau, tutup periuk, dan tunggu hingga ia masak.


Bagi SOS pula saya cuma perlu sediakan :-

Bawang putih 2 biji, halia 1 inci, garam, cuka 1 sudu makan, gula, lada merah sepuluh batang - Blend semua bahan di atas dan masak.... siap....


Nak sediakan AYAM BEREMPAH pun senang,

Bila sudah direbus saya ketepikan, saya sediakan bahan-bahan ini untuk diperap selama 20 minit, dan kemudian goreng.

  1. 2 sudu - rempah sup
  2. 2 sudu - rempah kari
  3. bawang merah - 2 biji
  4. bawang putih - 2 biji
  5. halia - 1 inci
(Kisar bahan no 3 - 5) gaul bahan-bahan diatas kepada ayam dan goreng......... dah SIAP......


Friday, February 24, 2012

Egg Dan Garlic Cheese Baguette

Salam,

Untuk minum petang hari ini saya sediakan Egg + Garlic Cheese Baguette. Hari hujan, sementara anak-anak masih tidur kepenatan pulang dari sekolah saya sediakan menu ini untuk mereka.

Kebetulan emak saya dari kampung ada di rumah adik, yang terletak hanya sepelaung sahaja dari rumah saya. Saya pun bagi emak saya untuk mencubanya.... biasalah orang tua, makanan kampung juga yang dia rasa paling sedap.

Hehehe sedar-sedar habis gak saya punya juadah ni....

Bahan-bahan
  1. Baguette
  2. Telur 1 biji
  3. Ayam cincang - 1 cawan
  4. Bawang holand - potong dadu
  5. Cheese
  6. Butter - 1 sudu besar
  7. Tomato 2 biji (saiz kecil) - 1 biji di potong dadu dan 1 biji lagi untuk hiasan atas
  8. Garam
  9. Lada Hitam
  10. Lada Putih
  11. 1/2 cawan sudu segar
  12. Bawang putih - 1 biji
Mula-mula panaskan butter, saute kan bawang holand hingga agak kekuningan.
Masukkan ayam cincang dan tomato yang telah dipotong dadu. Masukkan garam, lada hitam dan lada putih dan susu segar.
Bila sudah siap letakkan diatas baguette yang dihiris serong, letakkan cheese untuk penambah selera dan tomato untuk hiasan.
Bakar selama 10 minit suhu 150c
** untuk rasa bawang putih tu, saya cuma geselkan bawang putih pada baguette sebelum letak bahan-bahan lain


Thursday, February 23, 2012

Vanilla Muffin

23hb Februari, 2012

Sekejap saja dah akhir bulan February. Terasalah pulak masa cepat berlalu, makin berusia, makin banyak benda dan pengalaman harus ditempuh.

Apa pun hari ini mood agak rajin, lepas aje masak tengahari, terus ambil bahan-bahan hendak buat muffin ni. Bahan dah ada kat rumah, lagi pun tidak mengambil masa yang lama.

Saya buat Vanilla Muffin. Anak dara saya pun menolong membuatnye.

SUMBER : My Resepi


Bahan-Bahan yang diperlukan :-
  1. 1 cawan butter
  2. 2 cawan gula
  3. 4 biji telur (gred B)
  4. 4 cawan tepung naik sendiri
  5. 1 sudu teh vanilla esen
  6. 1/2 soda bikarbonat
  7. 1 cawan susu (fresh milk)
Cara menyediakannya :

Mula-mula cairkan dulu butter dan sejukkan kemudian masukkan gula dan putar.

Dan masukkan telur satu persatu pukul rata, masukkan tepung dan soda bikarbonat diselangkan dengan susu dan akhir sekali masukkan vanilla essen. Pukul rata.

Bakar pada suhu 170c selama 10 - 15 minit.


Sekiranya anda mahu mencuba dengan muffin yang lain boleh lah jenggah dihalaman My Resepi. Banyak sumber dan resepi yang bagus-bagus boleh terdapat didalamnya.