Monday, October 31, 2011

Onion Ring - as requested by Hubby

30th October, 2011

Ntah kenapa tiba-tiba aje hubby request nak makan "Onion Ring" malam-malam ni...mula-mula rasa macam malas aje, tapi kesian lak tengok dia balik dari kerja penat nampaknye. Walaupun dia dah makan malam agaknye tak berapa kenyang makan "Nasi Goreng Bodoh" saya dengan sambal udang..hehehe

Anyway this is not my first trial ye.....dah a few times gak buat.....

A few steps i would like to share with, mula-mula cerita dulu bahan-bahan nye :-

- Bawang Holland sebiji atau dua
- All Purpose Flour 1 1/4 cawan
- Baking Powder 1 tea spoon
- Garam secubit sahaja
- Telur 1 biji
- Fresh Milk 1 cawan
- Bread Crumbs 1 cawan

Cara membuatnya :-

1) Panaskan minyak
2) Adunan A - Bawang di potong bulat dan kemudian gaul perlahan di dalam tepung
3) Adunan B - Campurkan Baking Powder, Susu, Garam, Telur dalam satu mangkuk
(Kacau guna garpu)
4) Celupkan bawang yang bersadur tepung didalam adunan B
5) Dan gaulkan bersama bread crumbs
6) Goreng hingga berwarna kuning


Home Made Burger

26th October, 2011

I would like to thanks to Food Network Channel for giving me such a brilliant idea to make my simple day.

Hari-hari with heavy food, not good for health juga, malas nak ke pasar pun one of the reason. Jadinye time to dig in my kitchen cabinet yawllls!!! .

Since our lunch sponsored by my in law, so this is our dinner, home made burger.




Monday, October 24, 2011

Spaghetti - Sos Keju & Herba

24th October, 2011
Cuma prepare dinner saje hari ini, lunch anak-anak heavy breakfast (nasi lemak cik ummi, bawah pokok) kenyang sampai ke tengahari, petang baru lah sibuk nak masak.

So, menu yang pantas dan senang adalah spaghetti, memang makanan kegemaran anak-anak dan suami. Mudah sangat sebab sudah ada yang ready made, tapi bagi menambah rasa dalam sosnya extra ingredients are needed.

Ini adalah salah satu bahan yang digunakan :-






**Untuk sos & chicken ball, bahan yang digunakan adalah sama.

Slices of Cheesedale - Parmesan Cheese mahal jadi inilah bahan gantinye hehehe....



Minced chicken - Ayam kisar jenama RAMLY Burger


Bawang besar & bawang putih - dipotong dadu


Daun Sup (Celery leaf) - di cincang halus

Ini adalah hasilnya - Chicken Ball
Ok saya senaraikan secara details untuk membuat sos dan juga chicken ball ini ye :-

Chicken Ball

Ayam kisar - semangkuk
Bawang merah - 2 biji (potong dadu)
Bawang putih - 2 biji (potong dadu)
Daun sup (saderi) - 2 tangkai (cincang halus)
Secubit garam
Lada Hitam & Lada putih

Gaul bahan diatas tadi, dan gentilkan bulat-bulat, kemudian goreng didalam minyak yang kurang panas.



Saturday, October 22, 2011

Hamper Hari Raya

Hamper yang dibuat mengikut kehendak dan budget pelanggan. Salah satu kerja dari rumah saya.





For RM200.00




















Pelanggan mahukan tema yang agak "Tradisional"






















Customer need, accomplished!


Garlic Bread & Mushroom Soup

It's Saturday! sebenar lega apabila anak-anak selesai exam akhir tahun. Hari ini cuti memasak, sebab dah serbu rumah my mom in law tengahari tadi. Petang lak my hubby ada football match, so dia tak nak makan heavy.

My lite hi tea hari ini ialah :-


How to prepare my easy breezy Garlic Bread -

French Loaf disapu dengan butter/ marjerin dan kemudian sapu saje dengan bawang putih yang ditumbuk - Toast it!! and Done!!


Mushroom Soup

1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum

Cara membuatnya
  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang

Friday, October 21, 2011

HANTARAN - Peach & Boxes

Hantaran pertunangan, lebih senang dengan memilih untuk diubah didalam kotak.

TELEKUNG

SEJADAH

DRY FRUITS


AL QURAN
This photo captured by me.......eeemmmm boleh la sebab photographer outstation.



HANTARAN - White & Green

Theme - Green & White
Thank you so much to my BFF Mazni Dean, who has introduced me with this charming bride, they are really like it with my work so far, Alhamdulillah.

This is belong to Ella's, with theme "Green & White"

Terrima kasih juga kepada Khairul a.k.a Kalut dari Maybank for your happening photos shoot~ loved it!!

I Pad - tapi Ipad masih berada di tangan tuannye sebab takut nak simpan dalam rumah.


Sejadah - Sejadah ni bila dibuka dari kotak, Subhanallah, bau dia sungguh harum, satu rumah bau dia.


Kasut - Simple & Easy


Al Quran - Banyak kebaikan dan penawar didalam kitab suci kita ini.


Completed!

Nasi Minyak Hujan Panas, Ayam Goreng Rempah & Kari Ikan Tenggiri

Salam Jumaat, hari ini adalah "Penghulu Segala Hari", hari yang penuh dengan keberkatan.

Friday mood, so terdetik di dalam hari untuk habiskan berashmati yang dibeli semasa membuat jamuan hari raya lepas. Tak baik membazir.

So my menu served to my beloved hubby & kids hari ini :-

KARI IKAN Tenggiri

Resepi - Ikan Tenggiri Masak Kari (Bahan untuk 4 orang)

Ikan Tenggiri - 2 ekor (siang dan potong enam - ikut sebesar mane)
Rempah kari - 1 1/2 paket (preferred rempah kari ikan jenama ADABI)
Bawang besar - 2 biji
Lada kering - 50 sen
bawang putih - 3 biji di hiris halus
halia - 2cm di hiris halus
asam jawa - sebesar ibu jari
kepala parut - 1 biji
sayur bendi - 10 batang
daun kari - 1 urai
bunga lawang - 2 biji
kulit kayu manis - 1 batang

Cara membuatnya
Basuh Ikan tenggiri.
Kisar bawang merah bersama lada kering.
Panaskan minyak, tumiskan daun kari, kulit kayu manis, dan bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan bawang putih dan halis yg dihiris tadi hingga agak kekuningan dan masukkan bawang yg telah diblend bersama cili kering, kemudian masukkan rempah kari dan ditumis bersama hingga naik bau.
Masukkan ikan dan santan, tunggu hingga separuh mendidih masukkan sayur bendi, masukkan asam jawa kedalam kuah. kacau hingga mendidih.



Nasi Minyak Hujan Panas

Berashmati - 3 cawan
Butter - 3 sudu besar
Susu cair - 5 sudu besar
Bawang besar - 1 biji (dicincang dadu)
Bawang putih - 2 biji (dicincang dadu)
Kulit Kayu Manis - 1 batang
Bunga lawang - 2 biji
Daun pandan - 2 helai
Sedikit garam

Cara membuatnya :-

Rendam beras selama 10 minit, kemudian toskan
Panaskan butter, dan tumis Bawang besar & putih hingga naik bau
Masukkan susu cair
Masukkan bunga lawang & kulit kayu manis
Tumis hingga naik bau, kemudian masukkan beras yang telah di toskan tadi
Air dimasukkan sama dengan sukatan beras tadi (i.e. 3 cawan)
Masukkan daun pandan, biarkan hingga agak kering campurkan pewarna kuning
Tutup, kemudian kacau setelah 5 minit


Ayam Goreng Berempah

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.


Thursday, October 20, 2011

Home Sweet Home


Rumah ku Syurga ku
Inilah teratak saya yang tidak seberapa, rumah ini dibeli oleh suami saya pada tahn 80an lagi, triple storey @ Taman Dagang, Ampang. Emmm bila dengar triple storey macam besar sangat kan tapi hakikatnye rumah di cuma 18 x 20 aje. Originally designed to allocate the kitchen at 1st floor with one master bed room, while another sleeping rooms at 2nd floor. Tapi since we have stayed here for almost 16 years, ramai yang renovated dapur ke bawah. Tapi seriously saya suka dapur saya diatas, sebab sambil memasak bole melihat macam-macam ragam orang.

So come lets take a journey to my small little house....


Pintu Masuk ....wElComE!!!


Health Corner, eemm wish can do this everyday.....

My Kitchen, tile surface

Ruang kegemaran saya

Eggs in the green basket


Surprisingly this chairs are even cheeper than i thought!!! terima kasih "si gemok" tak sia-sia jadi regular customer, Mirror tu beli kat Air Hitam, Johor je local made, pun murah kurang dari Rm20.00


Sofa with 2 seater & Wing Chair - since my living room tak sebesar mana, i've decided with this only. It's from FELLA Design.

TV cabinet, if i not mistaken this was bought at Kedai Perabut di Gombak. Ada mark down sale, so grab while u can!!

Table for four - Maklum lah, kami cuma berempat saje....


Day & nite curtain - haaaa, cuma beli di NILAI 3, siap jahitkan lagi, price reasonable... Lampu bought it from BOGOR, Indonesia. Can't wait to be there again!!!


Wednesday, October 19, 2011

Yummy Mommy Days Out

Dayang oi......org nak berposing ekau sompek layi menoleh kek kasut ni ha yo....ish ish!



Guest what???? this is our first time we meat Dayang after 20 years. Dulu masa ambil result SPM tak sempat nak "good bye gurl" teruja sangat kami, maklumlah Dayang dah menjadi warganegara AUSTRIA..... hope one day kita akan sampai kesana, fly again together babe!!

Home Baker



This is my packaging look like

Evelyn Orange Tea Loaf
My pleasure to share with others :) so happy baking!!!!

Bahan-Bahan :-
230 g Butter
1 1/2 cawan gula castor
2 biji oren - diambil juice dan parut kulitnya
4 biji telur (asingkan telur kuning)
2 cawan tepung naik sendiri
Secubit garam

Cara membuatnya :-
Pukul butter dan gula hingga kembang (until light and fluffy)
Tambahkan juice oren yang di perah tadi
Ayak tepung bersama garam, dan kemudian gaulkan bersama butter & gula yang sudah dipukul kembang tadi dan masukkan telur kuning satu persatu.
Dalam bekas lain pukul putih telur hingga kembang, kemudian perlahan gaulkan bersama dalam butter
Bakar dalam oven suhu 175c untuk 30 - 45 minit.
My Kek Batek
Terima kasih emak!! sayang emak, tak sia-sia emak ajar along buat kek batek ni 20 tahun yang lepas, cucu-cucu emak sangat sukakan nye.

My Chocolate Moist Cake
Percaya atau tidak ini adalah kek yang selalu ditempah oleh rakan-rakan @ saudara mara tidak kira masa. I should Thanks to my beloved cousin yang sudi berkongsi resepi.

Berat kek - 1.5kg for Rm45.00

My Cheese Cake
Dulu semasa masih berkerjaya, selalu makan cheese cake beli, tetapi semenjak menjadi Home maker ni minat datang, di tambah lagi apabila suami dan anak-anak amat suka. Dan kini bole jadi duit poket... Kek ini seberat 1kg dengan harga RM55.00