Friday, December 30, 2011

Oren Sponge Cake + Cream Cheese Frosting

30th December, 2011

Sekejap rasanye sudah berada dipenghujung tahun 2011. Umur pun makin bertambah, anak-anak makin membesar.

Sekolah pun bakal bermula minggu depan, bermulalah episod kejar mengejar. Tapi saya suka sebenarnya, puas hati! terutama bila boleh menyiapkan anak, menghantar mereka sampai didepan pintu sekolah.

Semalam petang berjalan-jalan di shopping komplek, di Bandar Baru Ampang, ternampak sponge kek perasa oren, teringat pulak cream cheese dirumah, daripada membazir aje, baik saya buat frosting untuk Sponge Cake saya ni, dan surprisingly suami saya suka, sampai minta simpan untuk dibawa ke office.




Thursday, December 29, 2011

Egg Benedict + Cheese + Salsa Lada Bangala

29th December, 2011

Hari ini a bit rushing, sebab hubby dah mula balik ke kantor, setelah seminggu bercuti. Kadang-kadang risau pikir apa nak buat breakfast pagi-pagi ni. Breakfast yang cepat dan sedap.

Teringatkan semalam selepas menonton rancangan "Barefoot Contessa" - Ina Garden with Egg Benedict, rasanye itu breakfast yang akan saya buat......and this is it!!! walllaa!!!

Buat nye teramatlah mudah, cuma saya olah sedikit dengan "Salsa Lada Bangala".


Roti Gardenia disusun, cheese & telur - Bakar dlm Oven selama 20minit
kemudian taburkan garam & lada hitam

Untuk Salsa pula, Lada Bangala (capsicum) merah & hijau, di sanggai
dan untuk nampak seperti beef bacon sikit, saya cuma goreng lebihan roti yang ditepi dan taburkan sahaja....

Monday, December 26, 2011

Roti Telur

26th December, 2011

Untuk pagi ini, sarapan saya sediakan yang simple aje, sebab sebentar lagi ada jemputan hari jadi.

Roti Telur bersama Air Teh O.


Talam Gula Merah


25th December, 2011

SELAMAT HARI NATAL, kepada teman-teman yang saya kenali semua. Semalam saya membeli barang keperluan dapur di hypermarket GAINT terletak di Bandar Baru Ampang, ternampak satu buku resepi mini. Belek-belek terus minat.

"Kuih Kukus bersama Chef Hanieliza", sememangnye panduan yang diberi amat mudah diikut, baru pertama kali mencuba sudah menjadi.

Jadi ini adalah Talam Gula Merah yang telah siap untuk minum petang kami. Suami saya sangat suka, sampaikan 6 potong dia makan.


Siap untuk dimakan



Inilah Buku Resepi yang saya maksudkan - RM

Resepi - Talam Gula Merah
Sumber - Buku Resepi : KUIH KUKUS DARI CHEF HANIELIZA

Bahan A - Lapisan Di Bawah
  1. 1 cawan gula merah
  2. 1/2 cawan gula pasir
  3. 5 cawan air
  4. 2 helai daun pandan
  5. 2 cawan tepung gandum
  6. 2 sudu makan tepung ubi
  7. Garam secukup rasa
(Bahan No. 1 hingga 4 - diatas dimasak dan disejukkan)

Bahan B - Lapisan Di Atas
  1. 3 cawan Santan pekat (1/2 biji kelapa)
  2. 1 cawan tepung beras
  3. 1 sudu teh garam

Cara-cara membuatnya :-
Lapisan Bawah
  1. Masakkan gula merah, gula pasir, air & daun pandan hingga mendidih dan tapiskan
  2. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang
  3. Gaul Bahan A dan tapikan dalam kuali tidak melekat dan masakkan seketika
  4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit
  5. Apabila masak. cakarkan sedikit permukaan adunan dengan garpu.

Lapisan Atas
  1. Gaulkan semua bahan B dan tapiskan. Masakkan sedikit adnan ini hingga naik wap sahaja
  2. Tuangkan perlahan-lahan kedalam adunan bawah yang sudah dicakarkan dengan garpu
  3. Kukus kembali hingga 20 minit.


Friday, December 23, 2011

23rd December, 2011

Antara kek kegemaran anak bujang saya ialah Moist Chocolate Cake. Kalau makan sampai tak ingat orang belakang.

Kali ini saya potong kecil-kecil, senang terus masuk kedalam mulut.

Small pieces of cakes



Kek Bertunang

23rd December, 2011

Sejekap lagi nak deliver kek ini kepada Cik Nor dari Public Bank, Taman Melawati. Terima Kasih ye sebab nak order Moist Cake saya ni, walaupun saya sebenarnya tak lah pandai sangat......

SELAMAT BERTUNANG KEPADA IKA & IWAN, semoga jodoh sampai kejinjang pelamin.


Mereka pilih kuning sebagai tema

Roti Bawang @ Jemput2 Ikan Bilis Kentang.

23rd December, 2011

Salam pagi Jumaat, lama betul tidak berblogging ni, maklumlah sibuk dengan urusan seharian, terutama sekali bila cuti sekolah yang panjang, dan minggu-minggu terakhir bulan December ni pulak sibuk dengan persiapan sekolah anak-anak.

Apa pun pagi tadi hujan renyai-renyai, sebelum suami ke Kantor, sempat menyiapkan sarapan pagi untuk dia. Memang antara makanan kegemaran suami saya ini. "Roti Bawang" atau orang sebelah Johor panggil "Jemput-jemput ikan bilis".

Saya nak ucapkan terima kasih pada Mokde saya Puan Aminah Bahrim, sebab telah menurunkan ilmu membuat hidangan ini, dengan ranggup diluar lembut didalam.

Breakfast - served with Coffee

Roti Bawang @ Jemput-Jemput Ikan Bilis Kentang


Resepi - Roti Bawang @ Jemput-jemput ikan bilis kentang
Dari : Mokde Aminah Bahrin (Felda Moakil)

  1. Dua cawang tepung gandum
  2. Ikan Bilis (ikut sesuka rasa)
  3. Bawang merah - potong bulat
  4. 1 Biji kentang - potong dadu
  5. 1 Biji telur
  6. Air sejuk secawan
  7. Air panas 1/2 cawan
  8. Garam
Campurkan bahan di atas ini, dan gaulkan hingga sebati, kemudian bolehlah menggorengnya didalam kuali hingga menjadi kekuningan.

Selamat mencuba......

Mokde - Aminah Bahrin


Friday, December 2, 2011

Asam Pedas Belacan & Telur Grg Masak Kicap

2hb Disember, 2011

Salam Jumaat semua, bila sampainya bulan Disember, tibalah musim hujan, pagi petang hujan. Tapi untung juga hujan ni, tak payah bersusah payah mennyiram pokok bunga. Itulah setiap kejadian yang diberi tuhan, mesti ada rahmatnya.

Hari ini entah tetiba teringatkan tokmak saya, lama betul tak jumpa. Anak bujang saya pulak memang sukakan "asam pedas belacan, tokmak" saya ni.

Inilah resepi Asam Pedas Belacan orang Batu Pahat, Johor.

Bahan-bahan :-
  1. 4 ekor ikan kembong
  2. 50sen cili kering
  3. 2 biji bawang merah
  4. 2 biji bawang putih
  5. 2cm halia
  6. 2cm kunyit
  7. Belacan (sebesar ibu jari)
  8. Asam Jawa (semangkuk airnya)
  9. Garam
  10. Daun Kari
  11. Timun (sebagai ganti terung/ bendir)
Cara Membuatnya :-
  1. Saya tumbuk bawang merah & bawang putih tumbuk hingga lumat
  2. Cili kering, halia, kunyit & belacan - dikisar halus
  3. Tumiskan bawang yang telah di tumbuk hingga naik bau (bertukar warna kekuningan)
  4. Masukkan bahan yang dikisar & daun kari tumis lagi hingga naik minyak
  5. Masukkan ikan dan air asam
  6. Masukkan timun (alternatif sebab saya tidak keluar rumah hari ini)
  7. Biarkan kuah mendidih dan tutup api.

Inilah menu untuk hari ini......

Telur Goreng Masak Kicap (lada Hitam)

Asam Pedas Belacan - Resepi Tokmak saya