Monday, March 12, 2012

Kek Marble Bertaut Kasih....

Hari ini mendung aje, bagi menghilangkan ngantuk saya pun membuat aktiviti didapur saya. Nanti bila dah tertidur payah nak bangun, bila bangun sakit kepala yang ado!

Saya pun menerai lah resepi dari Blog Kak Noor terima kasih Kak Noor, memang sedap bila dah cuba..... boleh lah bagi-bagi kat jiran sebelah.


Bila dah terbelah......

Dari Sudut....

Siap Di Atas Meja

While chilling d cake.....

Sumber Resepi dari Blog : KAK NOOR
Bahan2 :

5 Biji telur
250g marjerin
2 ½ cawan tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
1 ½ cawan gula halus
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Serbuk koko atau milo secukupnya
Pewarna - ikut sukalah nk warna apa
sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara :

Pukul marjerin dan gula smpai kembang. Masukan telur satu persatu..pukul lagi sampai kembang. Masukan esen vanilla dan susu cair. Gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit.

Bahagikan 3 bahagian, campurkan 1 bhgn pewarna pink dan satu bhgn perwarna hijau dan 1 bhgn x seperti asal.

Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink, ratakan dlm loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama. Pastikan menutupi rata atas adunan. Masukan pula lapisan kedua, warna asal ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..

Mcm tu lah seterusnya ke adunan hijau pula. Lepas tu bolehlah dibakar. Bakar lebih kurang 50 minit ke 1 jam, 170 Degree ikut oven masing2lah …

p/s : Disebabkan aku masukkan 1 cawan susu cair, so agak lambat ckit kek ni masak dan kek ni jadi amat lembut dan lembap je... sedap.....! :P


Gulai Sutun Emak Dan Sambal Ikan Ibu Mertua Ku

Hari ini kepasar dengan emak saya yang datang dari kampung. Kan cuti sekolah, jadinye emak saya yang datang ke Kuala Lumpur, instead us visiting her kat kampung...terbalikkan.....

Pagi ini hujan renyai-renyai, di pasar pun ramai orang, tak macam biasa. Mungkin kerana cuti sekolah ibu bapa mengambil kesempatan untuk bercuti sama.

Saya cuma nak cerita yang hari ini saya memasak lauk kegemaran Suami dan anak-anak saya, nak kata hampir 2 @ 3 kali akan ada juadah yang sama dalam masa seminggu. Cuma mungkin saya akan tukar dari sotong ke udang, ikan @ ayam.

Saya nak ucap terima kasih pasa mak saya sebab telah mengajar saya untuk memasak gulai lemak ini dengan cara yang betul.

GULAI LEMAK - SOTONG + KENTANG (emak saya)

Dulu saya main belasah aje, siap tumis bawang gedebak gedebuk, padahal resepi orang-orang tua teramatlah ringkas aje.

Emak saya ni dah tinggal di Negeri Sembilan hampir 30 tahun lebih, walaupun kami anak jati JOHOR tetapi budaya NEGERI tu dah menjadi sebahagian dari kami.


RESEPI EMAK - Gulai Sotong BerKentang
  • Tumbuk kunyit hidup (sebesar ibu jari) bersama cili padi (hingga lumat)
  • Tumbuk juga serai (dlm 2 batang) jgn sampai hancur
  • Masukkan kedalam periuk
  • Masukkan santan, sotong + kentang
  • Campurkan sedikit garam
  • Kacau hingga mendidih
Saya juga bersyukur kerana mempunyai ibu mertua yang sangat baik hati dan penyayang, tak kedekut menurun kan ilmu dan resepi kegemaran anak lelakinye (suami saya lah tu)

Suami saya, kalau berdiet macam mane pun, kalau saya memasak lauk ni, mesti dia akan bertambah sampai dua pinggan.


SAMBAL IKAN HAJJAH NAEMAH (Mak Mertua)
Sedikit complicated untuk menyediakan nye, tapi senang dan ringkas aje bila dah biasa.

Bahan-bahan
  • Bawang merah 4 biji (saiz sederhana) BLEND
  • Lada merah (saiz besar) - 8 biji BLEND
  • Cili padi - 5 biji (kalau nak pedas tambah lagi) BLEND
  • Bawang Merah - 1 biji (dihiris halus)
  • Ikan
Mula - mula kita gorengkan ikan sampai garing. kemudian ambil sebiji bawang merah dimayang halus (ketepikan)

Selepas menggoreng ikan, kita gorengkan bawang yang di hiris hingga kekuningan.

BLEND Bawang merah, cili merah dan cili padi bersama (jgn blend sampai halus) kemudian tumiskan didalam minyak yang sama menggoreng ikan dan bawang tadi.

Biarkan sampai separuh kering dan masukkan balik ikan yang telah digoreng tadi.

Saturday, March 10, 2012

Kek Coklat Bercheese

FuHHH!!!! lamanya tak berblogging pasal masak memasak ni.... bukan ape bateri kamera tak bercharge lama....hahaha alasan kan!!!!

Sebenarnya sibuk pun iya, sibuk dengan anak-anak nye jadual tuisyen, exam dan macam-macam la..... tapi macam mane sibuk, ke dapur adalah wajib, semalam saya buat KEK COKLAT BerCHEESE.

Ini untuk buat minum petang. Oh ya, sebelum saya share resepi ni, saya nak mengahadiahkan ALFATIHAH kepada Majikan kepada suami saya yang bekerja di Maybank Berhad, iaitu TUAN HAJI YUSOFF GHANI yang telah kembali ke rahmatullah pada petang rabu kelmarin

Saya bersumberkan dari koleksi : MY Resepi

Bahan A
185 gram butter
1/4 cawan koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur

Bahan B
250 gram cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh essen vanilla

  • Mula-mula saya cairkan butter, masukkan koko dan kaca sebati (biarkan ia sejuk seketika)
  • Pukul gula dan bancuhan diatas, masukkan telur sebiji-sebiji bila sebati masukkan tepung dan gaulkan. Kemudian ketepikan dulu
  • Dalam bekas lain, pukul cheese + gula + esen hingga sebati dan masukkan pula telur + fresh milk, pukul sampai sebati.
  • Tuangkan adunan koko dan cheese diatasnya
  • Bakar untuk 170c selama 45 minit


Monday, February 27, 2012

Nasi Ayam Berempah

Mula-mula rasa macam malas nak masak, ingat nak beli aje lauk kat luar. Tapi bila dah kekedai tenampak lak ayam gebu-gebu kat kedai orang Aceh ni, saya pun beli.

Bila cakap pasal orang aceh, saya agak kagum dengan mereka ini. Berpuluh-puluh tahun hidup diperantaun, pandai mencari rezeki, peluang yang ada tidak dilepas, sebab apa saya kata begitu, rata-rata peniaga runcit dikawasan perumahan saya ni, asal dari aceh. Malah mereka berjaya.....

Harga ayam kat Pasar Taman Nirwana Ampang RM7.90 sekilo, tapi dengan mereka saya dapat RM6.90 sekilo.....ayam pun besar-besar.

Apa pun hari ini saya cuma masak NASI AYAM BEREMPAH.

Mula-mula saya sediakan bahan untuk merebus ayam dan SUP.

Seekor ayam dibasuh dah ketepikan.
Halia 1 inci
Bawang merah - 2 biji dihiris
Bawang Putih - 2 biji dihiris
Garam secukup rasa

Tumis bahan diatas, masukkan ayam dan rebus hingga masak (jangan terlalu lembut, sbb selepas ni kita nak menggorengnya, nnti takut hancur lak)

Bila ayam dah masak, angkat dan asingkan.

Untuk NASI pula saya sediakan
  1. Beras 4 cawan
  2. Bawang merah - 1 biji dihiris
  3. Bawang putih - 1 biji dihiris
  4. Halia - 1 inci dihiris
  5. Daun Pandan
  6. Kiub Ayam
  7. Air rebusan ayam tadi
  8. Butter - 1 sudu makan
  9. Sedikit garam
*Untuk mendapatkan warna kuning pada nasi, basuh dan rendam beras berasa serbuk kunyit + pewarna kuning (setitik) rendam selama setengah jam

Panaskan butter didalam rice cooker (terus masak senang....) bila dah cair/ panas, tumiskan bawang merah, bawang putih, Kiub Ayam dan halia hingga kekuningan. Masukkan beras yang telah dibasuh dan direndam dengan kunyit tadi, masukkan daun pandan, masukkan air + garam, saya guna air rebusan ayam sebanyak 2 cawan dan 2 cawan lagi air biasa. Kacau, tutup periuk, dan tunggu hingga ia masak.


Bagi SOS pula saya cuma perlu sediakan :-

Bawang putih 2 biji, halia 1 inci, garam, cuka 1 sudu makan, gula, lada merah sepuluh batang - Blend semua bahan di atas dan masak.... siap....


Nak sediakan AYAM BEREMPAH pun senang,

Bila sudah direbus saya ketepikan, saya sediakan bahan-bahan ini untuk diperap selama 20 minit, dan kemudian goreng.

  1. 2 sudu - rempah sup
  2. 2 sudu - rempah kari
  3. bawang merah - 2 biji
  4. bawang putih - 2 biji
  5. halia - 1 inci
(Kisar bahan no 3 - 5) gaul bahan-bahan diatas kepada ayam dan goreng......... dah SIAP......


Friday, February 24, 2012

Egg Dan Garlic Cheese Baguette

Salam,

Untuk minum petang hari ini saya sediakan Egg + Garlic Cheese Baguette. Hari hujan, sementara anak-anak masih tidur kepenatan pulang dari sekolah saya sediakan menu ini untuk mereka.

Kebetulan emak saya dari kampung ada di rumah adik, yang terletak hanya sepelaung sahaja dari rumah saya. Saya pun bagi emak saya untuk mencubanya.... biasalah orang tua, makanan kampung juga yang dia rasa paling sedap.

Hehehe sedar-sedar habis gak saya punya juadah ni....

Bahan-bahan
  1. Baguette
  2. Telur 1 biji
  3. Ayam cincang - 1 cawan
  4. Bawang holand - potong dadu
  5. Cheese
  6. Butter - 1 sudu besar
  7. Tomato 2 biji (saiz kecil) - 1 biji di potong dadu dan 1 biji lagi untuk hiasan atas
  8. Garam
  9. Lada Hitam
  10. Lada Putih
  11. 1/2 cawan sudu segar
  12. Bawang putih - 1 biji
Mula-mula panaskan butter, saute kan bawang holand hingga agak kekuningan.
Masukkan ayam cincang dan tomato yang telah dipotong dadu. Masukkan garam, lada hitam dan lada putih dan susu segar.
Bila sudah siap letakkan diatas baguette yang dihiris serong, letakkan cheese untuk penambah selera dan tomato untuk hiasan.
Bakar selama 10 minit suhu 150c
** untuk rasa bawang putih tu, saya cuma geselkan bawang putih pada baguette sebelum letak bahan-bahan lain


Thursday, February 23, 2012

Vanilla Muffin

23hb Februari, 2012

Sekejap saja dah akhir bulan February. Terasalah pulak masa cepat berlalu, makin berusia, makin banyak benda dan pengalaman harus ditempuh.

Apa pun hari ini mood agak rajin, lepas aje masak tengahari, terus ambil bahan-bahan hendak buat muffin ni. Bahan dah ada kat rumah, lagi pun tidak mengambil masa yang lama.

Saya buat Vanilla Muffin. Anak dara saya pun menolong membuatnye.

SUMBER : My Resepi


Bahan-Bahan yang diperlukan :-
  1. 1 cawan butter
  2. 2 cawan gula
  3. 4 biji telur (gred B)
  4. 4 cawan tepung naik sendiri
  5. 1 sudu teh vanilla esen
  6. 1/2 soda bikarbonat
  7. 1 cawan susu (fresh milk)
Cara menyediakannya :

Mula-mula cairkan dulu butter dan sejukkan kemudian masukkan gula dan putar.

Dan masukkan telur satu persatu pukul rata, masukkan tepung dan soda bikarbonat diselangkan dengan susu dan akhir sekali masukkan vanilla essen. Pukul rata.

Bakar pada suhu 170c selama 10 - 15 minit.


Sekiranya anda mahu mencuba dengan muffin yang lain boleh lah jenggah dihalaman My Resepi. Banyak sumber dan resepi yang bagus-bagus boleh terdapat didalamnya.

Wednesday, February 8, 2012

Nasi Hujan Panas + Ayam Masak Merah + Kari Telur

Huh! hari hari mesti terkejar-terkejar, agaknya ntah berapa kilometer agaknye turun naik tangga. Ntah tiba-tiba pulak anak lelaki kena tujar schedule....

Tapi kejar punya kejar, masak memang semestinyalah.. Panas hari ini, cantik cuaca terus, teringatkan "Nasi Hujan Panas" dari Che CT, terima kasih Che CT........ resepi pun lebih kurang aje, cuma saya guna beras "biasa"....... :)



Nasi Hujan Panas
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
4 cawan beras wangi (saya guna beras biasa je)
Air secukupnya (sukatan air mengikut jenis beras yg diguna)
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak / minyak jagung
1 biji bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 inci halia - dimayang halus
Sedikit garam
1 kiub ayam
Rempah 4 beradik
2 helai daun pandan - disimpul
Pewarna hijau, kuning dan merah

Cara-cara :
1. Basuh beras dan toskan beras.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak dalam periuk rice cooker.
3. Masukkan rempah 4 beradik bersama bawang besar, bawang putih, halia yang dimayang bersama daun pandan, goreng sehingga wangi. Kemudian masukkan kiub ayam kacau rata sebentar.
4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam dan kacau lagi.
5. Masukkan air secukupnya dan masak nasi macam biasa.
6. Bila nasi hampir kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna. (jangan lupa tutup balik periuk rice cooker ya).
7. Tunggu sehingga nasi betul2 masak dan gemburkan dengan garfu sebelum dihidangkan.




Tuesday, February 7, 2012

Nasi Lemak Pandan

Nasi Lemak Pandan .........

Hari terakhir bercuti untuk suami dan anak-anak. Pagi-pagi bangun terus buat sarapan. Ini selalunya terus ke makan tengahari.

Lagi pun dah lama gak tak buat nasi lemak pandan ni. Cara nak buat lebih kurang dengan yang biasa aje, cuma lain sikit je. Dan kali ni saya nak share resepi sambal ikan bilis emak saya hehehe.


Cara untuk menyediakan Nasi Lemak Pandan ni :-
  1. 4 Cawan Beras wangi (saya pakai beras biasa je hehe)
  2. 1 Cawan Santan pekat
  3. 4 Cawan Air
  4. 1/2 cawan air pandan (daun pandan blend bersama sikit sikit)
  5. Pewarna hijau (setitik)
  6. 2 Helai Daun Pandan (diikat)
  7. 2 Inci Halia (di titik)
  8. Garam
  9. 1 Sudu Minyak masak
Basuh beras, kemudian masukkan santan, air pandan + pewarna hijau, air, daun pandan, halia
dan garam serta minyak masak.

Masakkan didalam rice cooker.

Untuk sediakan sambal pula, inilah resepi dari mak saya :-
  1. Sebungkus - Ikan Bilis
  2. Lada Kering - seringgit
  3. Bawang Merah - Dua ulas (dipotong bulat)
  4. Garam
  5. Air Asam Jawa
  6. Sedikit Gula
Itu jeeeeee.....hehehehe

Nak buat pun senang, cuma tumiskan lada kering, masukkan bawang merah, biarkan sampai timbul minyak

Masukkan ikan bilis, air asam jawa, garam dan gula. Biarkan dengan api yang sederhana. Tunggu sampai sambal naik minyak ......



Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul

Marilah bersama-sama, menghayati amalan, pengorbanan, & kebaikan Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

SALAM MAULIDUL RASUL.....

Sandwich - Scramble Egg + Caramelised Onion

4th February, 2012

Ingatkan cuti-cuti ni bolelah relak dari jadi driver, tapi pagi-pagi dah kena kejut ngan anak sebab ada football match, adoi ai, anak bujang ibu ni, tak boleh lepas dari bola sepaknye tu. Jadinye seperti biasa kenalah siapkan breakfast cik mamat tu dulu.

Ini adalah breakfast kegemaran dia, "sandwich telur + caramelised onion" , sebenarnya ayah dia pun suka sangat dengan breakfast ni, jadinye tak payahlah saya bersusah payah nak prepare menu breakfast yang lain.

Saya suka guna Wholemeal bread dan bahan-bahan yang lain teramatlah simple:-

Telur - sebiji
Mayonise - dua sudu kecil
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Bawang Holand
Cheese

Mula-mula saya akan buat scramble egg
semasa menggoreng saya akan campurkan dengan mayonise DAN
serbuk lada hitam + serbuk lada sulah

Untuk bawang pula saya akan goreng dengan sedikit minyak
hingga ianya menjadi seperti berkilat (agak bercaramel)

Setelah itu bolehlah disediakan dengan roti dan cheese

** bawang yang digoreng agak bercaramel itu akan terasa kemanisannya :)


SELAMAT MENCUBA!!!

Saturday, January 28, 2012

DONAT Lembut

28th January, 2012

Masih lagi dalam mood holiday sebenarnya, sebab anak-anak masih lagi bercuti sempena Tahun Baru Cina.

Bila anak-anak ada dirumah macam-macamlah permintaan dia orang, dia orang request Donat lah pulak...... sebenarnya dah banyak kali gak membuat donat ni. Sumber dari My Resepi, salah satu ruang penyelesaian segala resepi. Tersangatlah berguna, daripada tak pandai masak dulu, dan sekarang Alhamdulillah boleh lah..... hehehehe

Donat yang telah siap - dalam bakul :)

Bahan-bahan :-
  1. 3 cawan tepung gamndum
  2. 1 cawan air suam
  3. 2 sudu besar butter
  4. 6 sudu besar gula pasir
  5. 3 sudu besar susu pekat manis
  6. 1 pekat yis (Jenama Mauripan)
  7. 1 biji telur
  1. cairkan butter (ketepikan biarkan ianya sejuk)
  2. gula dan susu satukan didalam air suam, kacau sampai gula larut, kemudian masukkan Yis dan biarkan selama 10 minit
  3. pukul telur sedikit dan campurkan dengan butter yang telah dicairkan tadi
  4. selepas 10 minit Yis akan naik berbuih buih, masukkan butter yang telad dicampurkan bersama telur dan butter dan kacau
  5. masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung, gaul sebati (kalau agak adunan agak lembik boleh lah di tambah tepung lagi) bairkan adunan selama 45 minit

Siap untuk minum petang......

Thursday, January 26, 2012

Pankek Pisang

Selamat Pagi semua...... pagi ini saya terkejar-kejar juga, tapi sempat buat sarapan.

Hari ini saya menyediakan Pankek Pisang.

Cara menyediakan teramatlah mudah, dan kita cuma perlukan bahan-bahan ini untuk membuatnya :-
  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 3/2 susu cair (panaskan)
  3. sebiji pisang
  4. 2 biji telur (saya guna sebiji aje)
  5. 2 sudu besar madu
  6. 1 sudu butter
  7. 1 sudu teh baking powder
Kisar bahan-bahan diatas tadi kedalam blander, kemudian masakkan dalam Non Stick Pan.

Wednesday, January 18, 2012

Strawberi celup Coklat CT Nurhaliza ....hehehe

18th January, 2012

Bila belek-belek kitchen cabinet ada ternampak serbuk koko banyak lagi. Teringat pulak buah strawberi yang baru dibeli....Zuuussss!!! teringatkan SITI Nurhaliza....hehehe bukan apa, dia pernah berkata, yang buat dia tertawan dengan Dato K, bila Dato K, beri dia strawbwei celup coklat....hehehehehe

Untuk coklat dipnye saya buat camni :-

1 cawan serbuk koko
1/2 butter
1 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
(cara menyediakannye dengan "Double Boil")
Bila siap celup-celup aje

Mocha Cup Cake

18th January, 2012

Umang ai!!! lama betul rasanye tak berbloging. Hehehe rindu lak, bukan ape lama bercuti.

Balik aje mood nak buat cup cake ni terus aje datang, ini lah Mocha Cup Cake kukus, Topping nye Cream Cheese.

Bahan A
  1. 250 g butter
  2. 1/2 cawan serbuk koko
  3. 1 cawan gula perang
  4. 1 cawan susu cair
  5. 1/2 cawan susu manis
Bahan B
  1. 2 biji telur
  2. 1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 1 sudu teh baking powder
  3. 1/2 sudu teh soda bikarbonat
Cara-cara menyediakanya :-
  1. campurkan semua bahan A kedalam periuk dan kacau diatas api yang sederhana sehingga sebati kemudian tepikan
  2. pukul telur den esen vanilla (bahan B) sehingga sebati
  3. ayakkan bahan C masukkan sedikit demi sedikit kedalam bahan A, kacau sebati
  4. masukkan campran bahan B dan kacau sehingga sebati
  5. Panaskan kukus
  6. tuangkan adunan kedalam acuan
  7. kukus 1 jam dengan api sederhana

Wednesday, January 11, 2012

Egg Benedict + Wholemeal Pitta

10th January, 2012

Assalamualaikum, bila anak-anak dah mula bersekolah, pagi-pagi lagi dah kena sediakan sarapan.

Ingat nak buat nasi goreng, tapi takut terlambat. So i've decided to make Egg Benedict, tapi kali ni dengan roti pitta (gandum) dan saya campurkan sayur-sayuran seperti :-

Broccoli, Lada Bangala dan Carrot. Sayur ni pula saya akan goreng bersama minyak zaiton, lada hitam & garam (goreng jgn sampai layu)

Telur - saya buat scramble + mayonnaise

Cara nak sediakan senang sekali, dalam masa 10 minit dah siap. Mula-mula saya sanggaikan roti pitta di atas api (bagi dia suam-suam je) Letakkan cheese potong, sayur yang telah di goreng & telur. Kemudian panaskan didalam oven selama 5 minit.



Tuesday, January 3, 2012

Lompat Tikam

3rd January, 2012

Lepas memasak tengahari tadi, terasa lak ingin mencuba kuih lompat tikam, selalunya mak mertua akan sediakan kalau ada kenduri atau pemanis mulut untuk juadah berbuka puasa.

Bila siap aje kukus tadi, anak dara saya cakap, "Ibu, macam puasa lak, sbb ibukan suka buat kuih ni"

Sebelum anak bujang ke kelas tuisyen sempat juga dia makan.


Lompat Tikam, hidangan dipetang hari.

Dan saya kongsikan resepi ini ye :
Sumber Dari : Buku resepi Kuih Kukus, Chef Hanieliza

Bahan A
  1. 1 cawan tepung beras
  2. 1 sudu makan tepung jagung
  3. 3 cawan santan cair
  4. 1/2 cawan air tapisan pandan & pewarna hijau
  5. 1 sudu teh air kapur
  6. sedikit garam
Bahan B
  1. 1 cawan tepung beras
  2. 1 sudu tepung jagung
  3. 3 cawan santan pekat
  4. 1 sudu teh garam
Bahan C
  1. 1 cawan gula merah
  2. 1/2 cawan gula pasir
  3. 1 cawan air
  4. 1 helai daun pandan (disimpul)
Cara-cara membuat :-
Lapisan Hijau
  1. Panaskan kukus dan sapu kan loyang dengan minyak
  2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan
  3. Masakkan adunan di atas api seketika, tuangkan kedalam loyang dan kukus selama 20 minit
  4. Apabila sudah masak, cakarkan sedikit permukaan dengan garpu (bagi memudahkan bahagian atas melekat)

Lapisan santan putih
  1. Campurkan semua bahan B dan tapiskan
  2. Masakkan adunan diatas api seketika
  3. Tuangkan adunan perlahan-lahan diatas lapisan hijau
  4. kukuskan selama 20 minit kemudian sejukkan

Cara membuat air Gula Merah
  1. Masakkan semua bahan C sehingga mendidih
  2. Tapiskan dan hidang

Orange + Chocolate Cheese Cake

3rd January, 2012

Rasenye tak terlambat lagi untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2012" semoga tahun ini dapat memberi keberkatan dan menambahkan amalan kita.

Esok bermulalah episod kejar mengejar saya untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah, tetapi itulah yang membuat saya puas hati, al least dapat tengok sendiri anak-anak masuk pagar sekolah.

Saya sebenarnya teruja apabila saya membaca blog kegemaran saya "Masam Manis" apabila kak ita memberi tips untuk melukis bunga diatas Cheese Cake beliau, dan saya cuba mempraktikkan apabila saya membuat cheese cake saya.

Mungkin resepi saya tidak sama dengan Kak Ita, tetapi apa yang penting saya berjaya melukis bunga tulip diatasnya....

TETAPI malangnya saya tidak dapat mengambil gambar kek ini dengan sempurna, kerana anak-anak dan suami saya dah makan kek tu sebaik saja saya sudah chill kan ia...... ish ish ish...

Anyway nasib baik saya sempat snap sebahagian daripadanya.

Nasib baik tak habis semua