Monday, December 26, 2011

Talam Gula Merah


25th December, 2011

SELAMAT HARI NATAL, kepada teman-teman yang saya kenali semua. Semalam saya membeli barang keperluan dapur di hypermarket GAINT terletak di Bandar Baru Ampang, ternampak satu buku resepi mini. Belek-belek terus minat.

"Kuih Kukus bersama Chef Hanieliza", sememangnye panduan yang diberi amat mudah diikut, baru pertama kali mencuba sudah menjadi.

Jadi ini adalah Talam Gula Merah yang telah siap untuk minum petang kami. Suami saya sangat suka, sampaikan 6 potong dia makan.


Siap untuk dimakan



Inilah Buku Resepi yang saya maksudkan - RM

Resepi - Talam Gula Merah
Sumber - Buku Resepi : KUIH KUKUS DARI CHEF HANIELIZA

Bahan A - Lapisan Di Bawah
  1. 1 cawan gula merah
  2. 1/2 cawan gula pasir
  3. 5 cawan air
  4. 2 helai daun pandan
  5. 2 cawan tepung gandum
  6. 2 sudu makan tepung ubi
  7. Garam secukup rasa
(Bahan No. 1 hingga 4 - diatas dimasak dan disejukkan)

Bahan B - Lapisan Di Atas
  1. 3 cawan Santan pekat (1/2 biji kelapa)
  2. 1 cawan tepung beras
  3. 1 sudu teh garam

Cara-cara membuatnya :-
Lapisan Bawah
  1. Masakkan gula merah, gula pasir, air & daun pandan hingga mendidih dan tapiskan
  2. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang
  3. Gaul Bahan A dan tapikan dalam kuali tidak melekat dan masakkan seketika
  4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit
  5. Apabila masak. cakarkan sedikit permukaan adunan dengan garpu.

Lapisan Atas
  1. Gaulkan semua bahan B dan tapiskan. Masakkan sedikit adnan ini hingga naik wap sahaja
  2. Tuangkan perlahan-lahan kedalam adunan bawah yang sudah dicakarkan dengan garpu
  3. Kukus kembali hingga 20 minit.


No comments:

Post a Comment