Tuesday, November 29, 2011

Nasi Ayam Hainan

29th November, 2011

Sepanjang cuti hari minggu dan sambutan Maal Hijrah, banyak hadirkan diri untuk jemputan perkahwinan dan macam-macam lagi. Jadinya selama 3 hari dapur saya kering.

Tapi hari ini bermula kembali episod " cooking mummy in d house" . Cik abang saya masih bercuti saya masak Nasi Ayam Hainan aje hari ini. Tak adalah variety lauk pauk nye.

Anak bujang saya memang sanagt sukakan Nasi Ayam. Suami saya pun suka, cuma dia minta supaya ayam di goreng garing garing sikit.....eeemmmm ikutkan je lah ye.




Untuk resepi Nasi Ayam Hainan ni......saya ambil dari :-

Sumber Dari : Resepi Raidah

Bahan-bahan: Bahan untuk rebus ayam: 1 ekor ayam Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam Garam Serbuk pati ayam ~ kalau suka 2 inci halia ~ diketuk Cara penyediaan: Sediakan periuk, letak air, garam, dan halia yang diketuk. Didihkan.Masukkan ayam . Masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan. * ~ Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai2 untuk agak. Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur. ~ Resepi asal, ayam yg telah direbus perlu direndam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. tetapi saya tidak merendam ayam tersebut. Untuk nasi: 3 cawan beras 5 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan 2 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk Garam 1 sudu besar majerin 1 sudu besar minyak masak Cara penyediaan: 1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan. 2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi. 3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam. 4. Tanak hingga masak. *Resepi yg sebenarnya menggunakan lemak/kulit ayam tapi saya tidak menggunakannya. Untuk sup: Air rebusan ayam Daun sup ~ dihiris Cara penyediaan: ~ Air rebusan ayam tadi dididihkan. Letaklah garam secukup rasa. Hidangkan bersama hirisan daun sup. Untuk sos cili: 10 biji cili merah 1 inci halia 2 ulas bawang putih 1 sudu besar gula Garam 2 sudu besar jus limau nipis 1/2 botol sos thai Cara penyediaan: 1. Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau. 2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai. Untuk sos kicap: 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 3 sudu besar kicap manis 5 sudu besar air rebusan ayam 1 sudu besar gula Cara penyediaan: Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih. Bahan sampingan: 1 batang timun ~ dihiris 2 biji buah tomato ~ dihiris Salad ~ dihiris Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup Minyak bijan ~ taburkan ke atas ayam yg telah dipotong.

Saturday, November 26, 2011

Kek Pengantin

26th November, 2011

Saya mengucapkan Salam Maal Hijjrah kepada semua, semoga diberi Keberkatan dan Kemuliaan pada Tahun ini.

Ini adalah salah satu aktiviti semalam saya yang disambung hari ini, terima kasih kepada Faiz, Maybank Dataran Bangsar, kerana sudi menempah kek untuk upacara memotong kek sepupunya. Dan kepada pengantin "Selamat Pengantin Baru"

Faiz requested my moist chocolate cake with blue theme......dan inilah hasilnya. So far dia suka. eeemmmmm sebenarnya i have never attended any bakery or culinary classes before, cuma minat dan belajar melalui "You Tube" aje.

Untuk Upacara Memotong Kek - Pengantin Di Bentong

26th November, 2011

Saya mengucapkan Salam Maal Hijjrah kepada semua, semoga diberi Keberkatan dan Kemuliaan pada Tahun ini.

Ini pun

Door Gift

25th November, 2011

Hari ini agak sibuk dengan aktiviti tambahan, jadinye lunch & dinner kat luar je la.... ini adalah salah satu aktiviti saya, DOOR Gift.

Again terima kasih Mazni.


Untuk di isi Muffin

Thursday, November 24, 2011

Nasi Dagang Terengganu

24th November, 2011

Semalam emak mertua balik dari Kelantan, belikan ole-ole dari sana, Serunding Daging, Ketupat Daun Palas & Beras Nasi Dagang, terima kasih emak.......

Cuti sekolah ni kenalah prepare lunch awal sikit, ke pasar pagi tadi, beli ikan tongkol & Nasi Dagang La jadinye......




Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Umi Izan sebab bagi resepi.....


Thursday, November 17, 2011

Puding Roti

17th November, 2011
First & foremost saya hendak berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita Dato' Sri Najib Razak, sebab telah melaksanakan janji beliau dengan memberi wang kepada anak-anak yang bersekolah, sebab anak-anak saya pun dapat hari ini........tapi Undi saya tetap RaHSIaaaaaa......hehehehehe

Sementara menunggu anak-anak pulang dari sekolah, Bread Puding jadi menu petang ini, buat "ngombe-ngombe" orang jawa cakap....hehe kalau salah betulkan ye.....

This is my Puding Roti saya, resepi saya ambil dari My Resepi, terima kasih banyak resepi yang boleh kita ikut disana kalau rajin.....cubalah!!!


Wednesday, November 16, 2011

Black & White Chocolate Chip

16th November, 2011

Anak bujang yang request Chocolate Chip ni...... raya kelmarin tak sempat buat.

Suruh buat besar-besar macam Chocolate Cookies di "Subway" katanya, apa-apalah......asal suka...

Credit to http://sue-hasue.blogspot.com, such an easy recipe to follow gurl....



Ayam Masak Merah

16th November, 2011

Pertama sekali saya nak sedekah kan ALFATIHAH kepada Arwah Pakusu Manaf Bin Abu Samah, Adik kepada Ibu mertua saya yang telah kembali ke rahmatullah pada 15hb November jam 2 pagi, semoga rohnya dicucuri rahmat...Amin.

Saya pun dah dua hari tak kedapur, demam.......... but today my apron has calling me back yawlls! Ini adalah hidangan saya untuk lunch, kebetulan hubby pun balik makan.

Ayam Masak Merah.

Bahan-bahan untuk masakan ini adalah :-
  1. Ayam - seekor
  2. Cili kering - Rm1.00
  3. Serai - 3 batang
  4. Bawang Besar - 3 Biji
  5. Halia - 1 cm
  6. Santan pekat - secawan
  7. Garam & Gula - secukup nya
Cara membuatnya :-
  1. Goreng ayam, kemudian asingkan dahulu
  2. Blander - cili, bawang, halia & serai sampai lumat
  3. Tumis bahan di atas, hingga naik bau
  4. Masukkan santan
  5. Garam & Gula di tambah secukupnya
  6. Masukkan ayam goreng tadi.

Ayam Masak Merah, Siap dihidang....


This is for my hubby






Friday, November 11, 2011

Macaroni Cheese With Spaghetti Tomato Sauce

11th November, 2011 (111111)

To me there is nothing special about this date, cuma ianya jatuh pada hari Jumaat, Penghulu bagi segala hari. In fact sangat bersyukur, masih diberi masa oleh ALLAH untuk memuhasabahkan diri.

I have not prepared my lunch today, Mr McD aje, but than dinner kena gak siapkan. Thought to buy it somewhere aje, tapi kesian lak anak, lunch dah makan di luar.

Untuk yang ringkas, saya sediakan Macaroni Cheese + Meat Ball with Special Beef Tomato Sauce. Ha....kan!!! panjang title dia. But anyway, done it with less cheezy!!! anak kata cepat muak.

So here u go............


Emmmm nak dikatakan this is my own recipe gak la....di olah olah, kalau rajin buat recipe hunting lain sikit cara.

Untuk sauce :-
  1. Daging kisar
  2. Bawang merah - 2 biji
  3. Sos Spagetti Tomato - Jenama Prego
  4. Fresh Milk - 100 ml
  5. Garam - Secukup rasa
  6. Lada Hitam - 1/2 sudu teh
Tumis kan bawang, hingga naik bau, masukkan dagin, garam & lada hitam, kacau selama 2 minit. Masukkan sos tomato gaul, dah kemudian susu segar. Biarkan ia mengelegak sedikit. Tutup api.


Untuk Macaroni Cheese
  1. Rebus macaroni
  2. Kentang - direbus
  3. Bawang di potong dadu dan goreng hingga menjadi caramelized
  4. Parmesan Cheese
Lapiskan macaroni yang telah direbus kedalam pinggan tahan ketuhar.
Lapisan pertama makaroni
Lapisan kedua cheese & bawang goreng
Lapisan ketiga Kentang
Lapisan keempat cheese
Ulangi hingga menjadi DUA Bahagian dengan lapisan di atas.
Masukkan kedalam ketuhar / oven selama 10 - 15 minit pada suhu 250c


Thursday, November 10, 2011

Chocolate Brownies

10th November, 2011

Untuk minum petang hari ini, anak-anak minta saya menyediakan Brownies....eeeemmm selalunya buat tak sampai satu hari sudah habis.




Good Referral - Mini CookBook Dari Chef Wan Cakes
Banyak panduan yang saya dapat dari buku, dibeli dengan harga RM9.90
terdapat di Pasaraya GIANT
Resepi Dari : MiniCookBooks - Chef Wan Cakes

Bahan-Bahan
  1. 150 gram unsalted butter
  2. 340 gram semi sweet chocolate - di potong hancur
  3. 1 cawan custor sugar
  4. 2 telur (dipukul)
  5. 1 sudu teh essen vanilla
  6. 1/2 cawan tepung pelbagai guna
  7. 1/2 cawan walnuts
  8. 1/2 sudu teh garam
Cara Membuatnya
  1. Double boil chocolate dan butter, kacau adunan hingga cair dan sebati. Ketepikan dan biarkan ia sejuk. Kemudian campurkan gula, telur dan esen vanilla dan kacau
  2. Masukkan tepung dan garam
  3. Tuangkan kedalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak, bakar pada suhu 170c untuk 20 - 30 minit

Bunga Saya

10th November, 2011

Salam Ceria di pagi Khamis.

Semenjak mengambil keputusan untuk menjadi surirumah, minat saya untuk menanam bunga dan pokok-pokok semakin menebal. Almaklumlah dulu ketika berkerjaya saya tidak berkesempatan.

Antara bunga yang saya suka adalah Morning Glory, bunga ini agak rumit menjaganya, harus di belek setiap hari untuk memastikan bunga yang telag layu dibuang, tidak terlalu banyak air, tidak terlalu panas, or else it can be long last for only 2 months.








Wednesday, November 9, 2011

Braised Beef With Blackpaper Sause.

9th November, 2011

Hari ini boleh la senyum senang hati sebab Malaysia dah berjaya mengalahkan Thailand - Sea Games di Palembang. Yahuuuuuu go Harimau Muda!!!!

Apa pun kena gak memasak hari ini, tapi yang agak special masih lagi menjamu daging korban, Alhamdulillah, tak lah bersusah payah nak ke pasar mencari lauk.

Hari ini saya masak Braised Beef With Blackpaper Sause.


Untuk memasaknya memerlukan bahan :-
  1. Daging Lembu - di potong dadu
  2. Bawang merah - 2 biji (Di kisar)
  3. Bawang putih - 2 biji (Di Kisar)
  4. Sos Black Paper - 2 sudu besar
  5. Sos Tiram - 2 sudu besar
  6. Lada Hitam - 1 sudu besar
  7. Kentang - 4 biji (direbus)
  8. Susu Segar - 40 ml
  9. Unsalted butter - 1 sudu
  10. Garam - secubit
  11. Gula - secubit
Cara menyediakannya :-
  1. Tumis bawang merah & putih bersama dengan lada hitam, kemudian masukkan daging
  2. Masukkan sos black paper & sos tiram, garam & gula
  3. Biarkan daging empok
  4. Masukkan susu segar dan butter serta kentang

HANTARAN - Maroon & White


Hantaran yang ringkas, terima kasih kepada Cik Wawa kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mendekorasikan hantaran anda.



Galaxy Tab untuk suaminya

Bahan wangian, she bought it from London

Sejadah

T Shirt from Hard Rock Cafe London

Tuesday, November 8, 2011

Daging Korban Masak "Stew"

8th November, 2011

Salam petang Isnin kalian, saya pasti masih ramai dikalangan kita masih lagi memasak jamuan untuk keluarga dengan daging kan... al maklumlah aidiladha masih baru.

Saya pun begitu, rasanya agak jemu dengan hidangan yang agak klise...jadinya saya mengambil keputusan memasak "Beef Stew aje hari ini. Hopefully family suka la, ia bole dimakan bersama dengan roti juga.


Ini adalah daging yang sedang dimasak diatas dapur, belum cukup empuk lagi

Sudah siap dihidang, untuk dimakan


Ok untuk membuatnye agak mengambil masa yang lama jugak la, sebab nak bagi daging agak lembut.

Ini adalah bahan-bahannya :-
  1. Daging lembu - setengah kilo
  2. Bawang merah - 2 biji (potong dadu)
  3. Bawang putih - 2 biji (potong dadu)
  4. Lada hitam - sedikit sahaja (ditumbuk)
  5. Daun Bawang - 50 sen (dicincang halus)
  6. Dawang Sup - 50 sen (dicincang halus)
  7. Kentang - 6 biji (potong dadu besar)
  8. Tepung Gandum - Dua sudu (bancuh bersama air)
Cara membuatnya :
  1. Saya akan mengoreng daging didalam periuk, agak berair tambahkan lagi air
  2. Tumis bawang merah & putih dikuali lain, kemudian masukkan kedalam periuk berisi daging td
  3. Biar selama 4 - 5 jam untuk melembutkan daging
  4. Masukkan kentang
  5. Masukkan daun bawang & daun sup
  6. Tambah sidikit air lagi
  7. Masukkan garam
  8. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga kentang empuk dan masak sebati dgn daging
** boleh di tambah carrot, tapi saya tak sempat pergi pasar beli, jadi guna kentang aje...

Air Kopi

Salam Aidiladha semua....... Maaflah buat sementara ini, tiada menu yang bole dikongsi bersama, sebab saya rasa, kita semua akan menyediakan masakan hari raya yang sama. Kalau tidak lemang, ketupat, rendang etc bukanlah hari raya namanye.

Cuma apa yang saya hendak cerita adalah air kopi emak saya. Entah kenapa air kopi ini saya rasa sungguh sedap, mungkin kerana kami minum bersama-sama sekeluarga dengan menikmati suasana kampung, dengan angin sepui-sepui.....

Friday, November 4, 2011

Nasi Lemak Ikan Kering + Sambal Ikan Bilis Tokmak

4th November, 2011

Emmm......esok nak balik ke rumah emak saya, Bahau, Negeri Sembilan. Saya ni lahir di negeri Johor, sekolah di Negeri Sembilan. Arwah abah pun dah beli rumah di Negeri Sembilan, so sebahagian dari orang nogori lah den ni.

Apa pun since hari ini kena habiskan stock di dalam kicthen kabinet, sobab nak berayo kek kampung sampai hari isnin. Kang tumbuh pokok lak bawang den.

Jadilah i've decided......NASI lemak Ikan Kering & Sambal Ikan Bilis Tokmak


Untuk lauk pauk atau nasi saya masak with no specification measurement, as i said main campak campak. Ini istilah emak, tokmak & emak mertua saya. Terima Kasih emak-emaks semua sayang u oolllsss.... :)

Nasi Lemak
  1. Beras
  2. Santan
  3. Daun Pandan
  4. Halia
  5. Garam
Beras di sukat, basuh dan masukkan santan, kemudian masukkan daun pandan, halia ke dalam beras, kemudian masak.
Saya sentiasa kacau agar santan tak berketul dalam nasi.

Sambal Ikan Bilis Tokmak (Ini adalah tunjuk ajar dari nenek saya yang saya panggil tokmak)
  1. Ikan Bilis
  2. Cili kering
  3. Halia
  4. Bawang Merah
  5. Sedikit Santan
  6. Garam
  7. Gula
  8. Air Asam
Mula mula kisar, cili kering bersama bawang merah dan halia, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan asingkan sementara memasak sambal.

Tumis cili kering, bawang merah dan halia yang telah dikisar. Hingga naik bau masukkan asam jawa dan santan, kacau hingga naik minyak, masukkan garam & gula, kacau lagi.

Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng awal. Tumis hingga naik minyak lagi.....


Thursday, November 3, 2011

Siakap Sweet Sour & Sayur Goreng Ala Jawa

3rd November, 2011

Salam semua, hari ini kembali ke dapur setelah semalam bercuti kerana tidak sihat. Selalunya saya akan memasak pada waktu petang sahaja, kerana anak-anak ke sekolah dan suami pun ke kantor.

Menu malan ini Ikan Siakap Sweet Sour & Sayur Goreng ala Jawa. Bangga gak menjadi orang jawa johor ni.......


Ikan Siakap Sweet & Sour siap dihidang:-


Kepasar hari ini ikan siakap tu macam memanggil-manggil saya lak.... :)

Anda cuma perlukan ikan siakap, nenas, timun, sos tomato, sos cili, oyster sos, bawang merah, tepung jagung dan bawang putih serta garam dan gula... selalunya saya memasak jumlah bahan-bahan yang digunakan mengikut kemahuan saya sendiri, orang kata main campak-campak je.

Mula-mula saya akan goreng ikan hingga garing, angkat dan asingkan. Goreng bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, masukkan sos cili, sos tomato, oyster sos, tumis lagi. kemudian masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan air, masukkan nenas & timun, garam & gula, setelah masak, tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng awal.

Ini pula Sayur Goreng Ala Jawa saya :-

Bahan-bahannye :-
  1. Kacang panjang
  2. Lobak Merah
  3. Udang
  4. Tempe
  5. Mee Sua
  6. Santan Kelapa
  7. Bawang merah
  8. Bawang putih
Cara Membuatnya

Tumbuk bawang merah dan bawang putih, tumis dalam kuali
Masukkan santan dan kacau bagi tidak berketul
Masukkan garam dan gula sedikit
Masukkan sayur kacang panjang & lobak merah
Masukkan tempe ** (sila goreng tempe dulu ye...)
Kacau hingga agak pekat, masukkan udang
Kacau lagi dan kemudian masukkan pula mee sua, kacau lagi hingga pekat

Dan waaallllaaaa!!!!!!



Makan dengan nasi apa lagi........

Wednesday, November 2, 2011

Sagu Gula Melaka

2nd November, 2011

Pagi tadi housekeeping, ternampak lak balance sagu dalan kitchen cabinet, simpan semasa bulan ramadan baru ini, selalunya anak-anak dan suami minta buat Sagu Gula Melaka untuk pencuci mulut selepas berbuka, tapi hari ini nak habiskan stock buat je la..... tak sampai setengah jam dah siap.




Cara membuatnya teramatlah ringkas, bahan yang diperlukan cuma :-

Sagu (sekampit yg harga RM1)
Air - 2 cawan
Gula melaka - secawan
Gula Pasir - secawan
Santan - RM1
Daun pandan - 4 helai

Membuat Sagu
mula-mula kita masak sagu dulu - masukkan sagu kedalam periuk bersama air, masukkan setengah cawan gula pasir dan daun pandan 2 helai. Kacau hingga mendidih airnya dan sagu menjadi kembang, alihkan kedalam talam sejukkan, setelah setengah jam, masukkan kedalam peti ais.

Membuat Gula
Masukkan air kedalam periuk bersama gula melaka, kacau hingga gula larut dan mendidih, tapis gula (untuk mengasingkan larutan lain daripada gula melaka tadi)
kemudian masakkan kembali bersama dengan santan, setengah cawan gula pasir serta daun pandan, kacau hingga mendidih.