Monday, February 27, 2012

Nasi Ayam Berempah

Mula-mula rasa macam malas nak masak, ingat nak beli aje lauk kat luar. Tapi bila dah kekedai tenampak lak ayam gebu-gebu kat kedai orang Aceh ni, saya pun beli.

Bila cakap pasal orang aceh, saya agak kagum dengan mereka ini. Berpuluh-puluh tahun hidup diperantaun, pandai mencari rezeki, peluang yang ada tidak dilepas, sebab apa saya kata begitu, rata-rata peniaga runcit dikawasan perumahan saya ni, asal dari aceh. Malah mereka berjaya.....

Harga ayam kat Pasar Taman Nirwana Ampang RM7.90 sekilo, tapi dengan mereka saya dapat RM6.90 sekilo.....ayam pun besar-besar.

Apa pun hari ini saya cuma masak NASI AYAM BEREMPAH.

Mula-mula saya sediakan bahan untuk merebus ayam dan SUP.

Seekor ayam dibasuh dah ketepikan.
Halia 1 inci
Bawang merah - 2 biji dihiris
Bawang Putih - 2 biji dihiris
Garam secukup rasa

Tumis bahan diatas, masukkan ayam dan rebus hingga masak (jangan terlalu lembut, sbb selepas ni kita nak menggorengnya, nnti takut hancur lak)

Bila ayam dah masak, angkat dan asingkan.

Untuk NASI pula saya sediakan
  1. Beras 4 cawan
  2. Bawang merah - 1 biji dihiris
  3. Bawang putih - 1 biji dihiris
  4. Halia - 1 inci dihiris
  5. Daun Pandan
  6. Kiub Ayam
  7. Air rebusan ayam tadi
  8. Butter - 1 sudu makan
  9. Sedikit garam
*Untuk mendapatkan warna kuning pada nasi, basuh dan rendam beras berasa serbuk kunyit + pewarna kuning (setitik) rendam selama setengah jam

Panaskan butter didalam rice cooker (terus masak senang....) bila dah cair/ panas, tumiskan bawang merah, bawang putih, Kiub Ayam dan halia hingga kekuningan. Masukkan beras yang telah dibasuh dan direndam dengan kunyit tadi, masukkan daun pandan, masukkan air + garam, saya guna air rebusan ayam sebanyak 2 cawan dan 2 cawan lagi air biasa. Kacau, tutup periuk, dan tunggu hingga ia masak.


Bagi SOS pula saya cuma perlu sediakan :-

Bawang putih 2 biji, halia 1 inci, garam, cuka 1 sudu makan, gula, lada merah sepuluh batang - Blend semua bahan di atas dan masak.... siap....


Nak sediakan AYAM BEREMPAH pun senang,

Bila sudah direbus saya ketepikan, saya sediakan bahan-bahan ini untuk diperap selama 20 minit, dan kemudian goreng.

  1. 2 sudu - rempah sup
  2. 2 sudu - rempah kari
  3. bawang merah - 2 biji
  4. bawang putih - 2 biji
  5. halia - 1 inci
(Kisar bahan no 3 - 5) gaul bahan-bahan diatas kepada ayam dan goreng......... dah SIAP......


No comments:

Post a Comment